Soalan Lazim - mySMS

Kerajaan telah melancarkan inisiatif eKL pada bulan Mac 2007 sebagai penggerak kepada program penambahbaikan sistem penyampaian di kawasan Lembah Klang. Matlamat-matlamat eKL ialah untuk menjadi penggerak (push) ke arah pencapaian “delivering services through an integrated and connected Klang Valley”, serta memastikan pelaksanaan sistem penyampaian perkhidmatan agensi-agensi Kerajaan di kawasan Lembah Klang berlandaskan ICT yang efisien, berkualiti, selamat, mesra pelanggan serta mampu memberi impak tinggi kepada orang ramai.

Inisiatif Gerbang SMS adalah salah satu usaha kerajaan untuk mempelbagaikan saluran-saluran penyampai perkhidmatan. Kemajuan teknologi sedia ada dimanfaatkan sepenuhnya oleh kerajaan untuk meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan. Saluran SMS ini membolehkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan kerajaan dengan mudah dan cepat.

Untuk mencapai hasrat tersebut kerajaan telah membangunkan Gerbang SMS Kerajaan (Government SMS Gateway) yang akan menjadi Gerbang SMS semua perkhidmatan SMS kerajaan pada masa akan datang.

Sebagai ahli mySMS, anda berpeluang mendapat maklumat-maklumat terkini daripada kerajaan melalui SMS secara percuma.

Anda boleh mendaftar dengan hanya menaip:

REG MYSMS [Nama Penuh] [No KP] [Daerah] [Emel] & SMS ke 15888

Contoh: REG MYSMS razak bin ahmad 820204145322

  • Terdapat dua jenis maklumat:
    1. Maklumat umum tentang sesebuah agensi kerajaan seperti alamat pejabat-pejabat agensi dan nombor perhubungan di seluruh Malaysia, muatturun borang agensi dan perkhidmatan lain yang disediakan oleh agensi
    2. Maklumat peribadi melalui sesebuah agensi seperti keputusan peperiksaan, status permohonan,butiran akaun dan profil peribadi

  • Untuk mendapatkan maklumat peribadi, anda perlu menjadi ahli bagi sesebuah agensi terlebih dahulu dan kemudian ikut arahan SMS bagi mendapatkan maklumat seperti menyatakan no. KP anda.

Tidak. Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan 15888 hanya bertindak sebagai penyedia perkhidmatan teknologi terkini untuk kegunaan orang awam. Pengguna-pengguna perkhidmatan ini perlu membayar kos yang minimum setiap kali mereka menggunakan perkhidmatan tersebut.

Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15

Setiap SMS yang anda terima dikenakan bayaran sebanyak RM0.20

Setiap SMS Hebahan yang diterima adalah percuma

Setiap borang yang terdapat di laman web Agensi-Agensi Kerajaan boleh dimuat turun ke alamat emel yang anda sertakan melalui SMS.

Anda hanya perlu menaip:

[kod agensi] [subcode] [alamat emel] & SMS ke 15888.

Contoh: JPJ BORANG rizal@dapat.com

Borang yang diminta akan dihantar secara automatik ke alamat email yang diberikan.

Nota: Keyword & Subcode adalah berbeza mengikut jenis borang dan agensi masing-masing. Untuk mendapatkan mekanik SMS mengikut agensi, sila taip:

[kod agensi] MENU & SMS ke 15888

Contoh: JPJ MENU

Semasa waktu puncak, setiap SMS mungkin akan mengambil sedikit masa untuk mendapat sebarang jawapan. Pada waktu tidak puncak, respon untuk setiap SMS akan diterima dengan kadar segera.

Anda boleh menggunakan servis Perkhidmatan Gerbang SMS Kerajaan 15888 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 365 hari setahun.

Tiada had. Perkhidmatan ini boleh dicapai melalui semua rangkaian telefon mudahalih utama di Malaysia - Celcom, Maxis, DiGi, TuneTalk, UMobile, XOX dan WeBe.

  • Jika anda pengguna pra-bayar, kemungkinan sebabnya adalah:
    1. 'Network' operator rangkaian telefon mudahalih anda mengalami kesesakan
    2. Jumlah kredit minima untuk SMS anda tidak mencukupi
    3. Keyword atau subcode yang anda digunakan mungkin salah
  • Jika anda pengguna pasca-bayar, kemungkinan sebabnya adalah:
    1. 'Network' operator rangkaian telefon mudahalih anda mengalami kesesakan
    2. Keyword atau subcode yang anda digunakan mungkin salah

Tidak. Setiap SMS yang dihantar adalah berdasarkan permintaan daripada anda. Setiap SMS yang dihantar akan dikenakan caj sebanyak RM0.15 dan setiap mesej yang diterima akan dikenakan caj sebanyak RM0.20. Penerimaan SMS Hebahan secara percuma akan dihantar selepas anda mendaftar sebagai ahli mySMS atau ahli bagi sesebuah agensi kerajaan.

Tidak. Anda tidak perlu mendaftar sebagai ahli mySMS untuk membolehkan anda menggunakan perkhidmatan mySMS 15888 yang ditawarkan.