Mengenai gerbang mySMS Kerajaan Malaysia

Perkhidmatan mySMS
  • Mencapai matlamat One Government Many Agencies.
  • Mewujudkan situasi No Wrong Door Policy dalam menyediakan perkhidmatan dan melayan orang ramai dan masyarakat perniagaan.
  • menyediakan perkhidmatan interaktif dalam talian serta merentasi agensi (horizontal) secara end-to-end 24 x 365 yang boleh dicapai dari mana-mana dan bila-bila masa.
  • Meningkatkan kapasiti dan sinergi penyampaian perkhidmatan Kerajaan melalui perkongsian maklumat dan perkhidmatan.
  • Meningkatkan kedudukan penyampaian perkhidmatan Kerajaan yang dapat meningkatkan daya saing negara.
  • Menyediakan infrastruktur perkhidmatan SMS bagi meningkatkan keberkesanan sistem penyampaian perkhidmatan Kerajaan.
  • Memudahkan orang ramai mendapatkan perkhidmatan Kerajaan melalui satu nombor SMS yang sama.
  • Memastikan caj perkhidmatan SMS yang dikenakan kepada pengguna adalah seragam dan munasabah.

Perkhidmatan mySMS

SMS Maklumat di atas permintaan

Perkhidmatan permintaan maklumat agensi Kerajaan daripada orang ramai melalui SMS. Contoh; Semakan Status Saman, Status Permohonan Lesen dan Keputusan Peperiksaan.


SMS Dokumen di atas permintaan(DOD)

Perkhidmatan muat-turun dokumen ke alamat emel yang dinyatakan melalui SMS. Contoh; Borang Permohonan Pengecualian Kursus, Brosur dan Peta.


SMS Hebahan

Penghantaran SMS Hebahan kepada telefon bimbit orang ramai. Contoh; Hebahan Maklumat Bencana dan Notifikasi Tamat Tarikh Lesen Memandu.


SMS Aduan

Penghantaran aduan dan maklum balas daripada orang ramai kepada agensi Kerajaan.


Caj Perkhidmatan mySMS

Pengguna akan dikenakan caj apabila menggunakan perkhidmatan SMS. Bentuk caj yang dikenakan adalah:

  • Setiap perkhidmatan yang diminta oleh pengguna akan dikenakan caj RM0.35. Caj ditanggung oleh pengguna.
  • Setiap perkhidmatan notifikasi dan hebahan oleh agensi akan dikenakan caj RM0.10. Caj ditanggung oleh agensi Kerajaan.